Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Saya rindu sekali saat bersimpuh di bendul menyisir rambut bonda membelek-belek rambut putih memerhati kerdip matanya makin lesu lalu terlena menghilang lelah.
Tidak mungkin saya lalui saat seperti itu yang ada cuma lipatan kenangan tersimpan dalam kabinet memori tak pernah terusik dek anai-anai masa kerana bonda saya tak pernah pergi dari sukma.
No comments:
Post a Comment