Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

14 May, 2011

Kita yang pilih

Kita yang pilih
mengapa perlu sedih?
bersabarlah dalam mendidik
cabaran remaja zaman ini buat kita mendidih
betulkan diri sebelum betulkan anak didik
sentiasa positif memberi perkhidmatan terbaik
sentiasa menambah baik
ilmu terkini alatan canggih
harus murid tabik
ibubapa tak mengherdik.


Murid kita
senang saja
menangi hatinya
sebelum menangi akalnya
jadi modul sepanjang masa
dari tutur bicara
hinggalah pakaian penuh gaya
semuanya jadi tarikan remaja
guru penjana modal insan mulia
tanggungjawab pendidik selagi bernyawa.

~CNM, 14/5/11, 18.27 pm~

No comments:

Post a Comment