Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

03 February, 2012

Ujian Tuhan

Di ranjang berseligi ini dik
kumendekap erat silaturrahim antara kita
bahawa tergalas tanggungjawab di pundakku
melindungimu
memimpin tanganmu ke jalan diredha Yang Satu.

Di ranjang berseligi ini dik
kumeribamu menyemai kasih sepanjang zaman
bahawa hidup ini perlu terus berjalan
dalam redha menjinjing keperitan
secebis ujian Tuhan.

CNM, 1/2/12, 20.01pm
BBB

No comments:

Post a Comment