Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

03 February, 2012

Berkarat, Mengarat, Dikarat

Berkarat
tak ambil berat
tak nak buat yang hebat
hilang kilat
tumbuh kulat.

Mengarat
sengaja tambah berat
makan sampai tak larat
perut sendat
nafas tersekat.

Dikarat
terikut yang berkarat
yang cepat jadi lambat
mula pasang niat
tak mahu terlibat.

Berkarat, Mengarat, Dikarat
kena ubat
kalau tidak jadi melarat
sebelum terlambat
kena perambat.

CNM, 2/2/12, 15.33pm
BBB

No comments:

Post a Comment