Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

07 February, 2012

Puisi Cinta Syair Jiwa

Kupuisikan puisi cinta syair jiwa
kepada Dia Tuhan seluruh alam semesta
sungguh hebat tiada tandingan akan segala
kerana Dia maha berkuasa
segala isi di langit dan bumi milik-Nya.

Kupuisikan puisi cinta dan syair jiwa
kepada ayahbonda yang berkorban apa saja
sungguh hebat kasih sayang tiada tandingan akan di dunia
kerana ayahbonda
menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Kupuisikan puisi cinta dan syair jiwa
kepada sang ratu yang setia
sungguh hebat cinta dan kasih sayang dinda
kerana cintamu yang mulia
kucurahkan segala selagi ada nyawa.

Kupuisikan puisi cinta syair jiwa
kepada anak-anak tercinta
sungguh indah hadirmu bawa bahagia
kerana kamu anugerah-Nya
amanah yang perlu kujaga.

~CNM~ 12/2/07

No comments:

Post a Comment