Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

25 February, 2012

Langit Jingga

Apabila langit merona jingga
hati mula berbicara
mengenang pahala dosa
apakah amalan seharian diredha
yang masih leka
tidakkah terasa hidup sia-sia
yang masih alpa
tidakkah ingin kembali patut kepada-Nya
kerana setiap kali langit merona jingga
sehari lagi usia telah tiada
dan kita semakin hampir kepada hari penamat nyawa.

CNM, 18/2/12, 21.10pm
BBB
TATHION TAB

No comments:

Post a Comment