Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

07 February, 2012

Apa jadi dengan janjimu?

Apa jadi dengan janjimu
janji yang kupegang ke akhirnya
andai ada hari kumelupakan dirimu
itu adalah hari terakhir diriku.

Kumengingati kata-katamu
bahawa dirimu tak akan berpaling dariku
seperti denyut nadi tak pernah terhenti
kini ia hanya tinggal janji.

Apa jadi dengan janjimu?
telah terserah pada tangan yang baru
mengambilnya dari hatimu
menguburkan di hadapan mataku.

Kenalkan padaku
siapa gerangan penerima janji palsu
kerana dia bakal menelan racun kata-kata manis bermadu
kau tahu itu.

Apa jadi dengan janjimu!

CNM, 5/2/12, 23.20pm
BBB

No comments:

Post a Comment