Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

29 February, 2012

orang duk gelak

orang duk gelak

aku lihat orang duk gelak
kuamati arah mata mereka
tertancap kepada suatu tingkah
yang kelihatan normal
yang diperlihatkan sempurna
tiada cacat cela
molek lenggang lengguk
pakaian cakna bergaya.

kuamati
setelah lama memerhati
rupanya ada kelemahan diri
dia rupanya suka pakai kasut terbalik
kata orang suka yang songsang
dek nak 'cover' salah sendiri
orang tepi jalan dimarahi
orang lain pun dikata tak reti
hi! hi! hi! aku gelak dalam hati.

CNM, 29/2/12, 21.45pm
BBB

teruskan

eh! baru sedar ke?
kau mengheret balak
menongkah arus
teruskan...

eh! baru terjaga ke?
kau menjunjung batu
mendaki gunung
teruskan...

eh! baru keluar dari mimpi ke?
kau nanar mencakar benar
dengan kata yang terputar
teruskan...

CNM, 29/2/12, 20.55pm
BBB

senja berkata

usah kisah saudara
biarkan awan hitam dengan keangkuhannya
tiba waktu ia akan diputar ribut kebinasaan
terperosok ke penjuru alam
dalam kehinaan.

usah gentar saudara
halilintar keceluparan akan lenyap ditelan bumi
menjadi batu hampar terbenam selamanya
dibakar panasnya mantel penyesalan
tanpa kemaafan.

CNM, 29/2/12, 19.19pm
BBB

Akan

akan kutanam kenangan
biar tumbuh jadi pucuk sayuran
kelaknya dapat kumakan
jadikan ulaman.

akan kusemai harapan
biar tumbuh jadi pohon berdahan
nantinya dapat kuberteduhan
jadikan lindungan.

CNM, 29/2/12, 18.42pm
BBB

Aku bukan penakut

aku bukan penakut
aku hanya takut kepada Allah
aku dihina tidak mengapa
aku dicerca itu hak mereka
aku tetap dengan pendirian
berdiri dengan izin Yang Esa
tak perlu ikut menghina
tak perlu ikut mencerca
kerana aku tak ingin dihina-Nya.

kau ada peduli?
jauh sekali...

CNM, 29/2/12, 16.10pm
BBB

Langit pun menangis

betapa langit pun ngeri
menangis meratapi
kata-kata yang menikam diucapi
terpancul dari mulut insan lupa diri
tak mengenal budi pekerti.

betapa langit pun nyeri
merembas gerimis hati
melihat kejadian luar tabii
mempersenda agama sendiri
mempertahan kesesatan dilaknati.

CNM, 29/2/12, 15.02pm
BBB

29 Februari

29 Februari
empat tahun sekali
tahniah yang menyambut hari jadi
semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki
sentiasa sihat dan diredha Ilahi.

29 Februari
istimewa sekali
begitu lama menanti
hari ini dapat merai
hari ulang tahun kelahiran bererti.

CNM, 29/2/12, 14.44pm
BBB

Syair Sepanjang Zaman III

sudah tamatkah pengajian?
sudah cukup tinggikah ilmu kalian?
memperlekeh orang tanpa pertimbangan
usah meninggi diri kuberpesan
kelak menyesal dipermainkan.

sudah lupakah asal permulaan?
sudah alpakah dengan pujian?
mencerca orang seperti tak berpedoman
usah bongkak diri kuingatkan
kelak lemas dalam keangkuhan.

baru sedikit kurniaan tuhan
sudah lupa daratan
ingat balasan tuhan
janji-Nya tidak didustakan
janji-Nya akan dilaksanakan.

CNM, 29/2/12, 15.59pm
BBB

Syair Sepanjang Zaman II

sungguh kini kita di akhir zaman
telah lahir tuan kepada ibu yang melahirkan
anak-anak tiada menghormati ibubapa yang memberi didikan
apa lagi orang tua, dipandang menjijikan
sungguh kurang sopan.

ingatlan wahai anak-anak yang budiman
jangan sesekali merasa diri tiada kesilapan
itu sudah dikira penyakit dalaman
lekas-lekas rawat dengan iman
moga tak tergolong dalam golongan kufur pada tuhan.

ini hanya pesan
terpulang pada kalian
jika merasa diri hebat teruskan
jika ada kebenaran balik ke pangkal jalan
tidak terlewat sebelum ditakbirkan.

CNM, 29/2/12, 14.41pm
BBB

Syair Sepanjang Zaman

Kutuliskan syair untuk renungan
dalam mencari keredhaan-Nya tinggalkan larangan
kerjakan segala suruhan Tuhan
bermuhasabah diri elak kealpaan
sentiasa mencuba tambahbaikan.

Kutuliskan syair untuk tatapan
dalam menjalin persahabatan
tutur kata jangan sembarangan
telajak kata binasa badan
tunggulah jika dimaafkan.

Kutuliskan syair untuk bacaan
mari kita gabungjalinkan
keakraban sesama insan
saling berpesan-pesan
saling mengingatkan.

Salam Persaudaraan.

CNM, 28/2/12, 21.08pm
BBB

aku berdiri

aku berdiri
bukan di atas kakimu
jauh sekali menumpang kehebatanmu
tak teringin aku
bernaung di bawah ketaksuban tololmu.

aku berdiri
dengan izin Ilahi
tak tumbang aku dengan bicara sumbangmu
kerana itulah pengenalan
siapa kamu yang sebenarnya.

CNM, 28/2/12, 20.40pm
BBB

Aku dan jalanku

Aku dan jalanku

biar setajam mana
kata-kata yang menghina
membingit ke telinga
aku tetap dengan caraku
jalan mencari keredhaan-Nya.

biar sekeras mana
kata-kata yang mencerca
menusuk ke jiwa
aku tetap dengan halaku
menuju redha yang Esa.

CNM, 28/2/12, 19.59pm
BBB

Bicara di kaki senja

kamu jangan lupa
kaca-kaca yang kamu taburkan
suatu ketika
bisa merobek kaki angkuhmu.

kamu jangan alpa
kata-kata yang kamu dustakan
suatu ketika
bisa jadi saksi kepalsuanmu.

dan aku mohon
dijauhkan dari semua itu.

CNM, 28/2/12, 18.57pm
BBB

tukang

kamu tukang kasut?
'ya, saya'
kalau kamu tukang kasut
kenapa buat kasut kulit babi
untuk orang Islam.

kamu tukang kasut?
'ya, saya'
kalau kamu tukang kasut
kenapa buat kasut kulit anjing
untuk muslim.

kamu tukang kasut?
'ya, saya'
kalau kamu tukang kasut
kenapa tak macam rupa kasut
nampak macam ladam.

CNM, 27/2/12, 20.45pm
BBB
tulis jangan tak tulis

kau tulis
aku pun tulis
aku tulis selapis
kau tulis berlapis-lapis.

tulis jangan sebarang tulis
tulis biar berjenis
aku tak kisah apa kamu nak tulis
tapi jangan sampai bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis.

tulis jangan sebarang tulis
tulis biar berjenis
aku tak kisah apa kamu punya idealis
tapi jangan sampai membelit habis.

CNM, 27/2/12, 20.10pm
BBB

bicara tanpa suara

kularutkan mimpi
jadi embun buat menyirami
pusara janjimu.

kusyairkan kata
jadi pesanan buat mengiringi
pemergianmu.

kusulam air mata
jadi selendang buat menghiasi
pedatimu.

kukuburkan kenangan
jadi pohon meneduhkan
kesayuanku.

CNM, 27/2/12, 19.26pm
BBB

Hujan

Hujan pun menari
diiringi tiupan seruling angin
memecah kesunyian senja
menelan rona jingga
jadi kelam tak bermaya.

Hujan pun menari
menyimbah pohon-pohon layu
tersenyum dedaun dan melambai
menyambut rahmat kurniaan Ilahi
aturan alam yang misteri.

Hujan pun menari
menghibur seisi alam ini
tangis-tangis terhenti
terpegun dengan ayunan tari
melodi hujan yang dinanti.

CNM, 26/2/12, 19.05pm
BBB

dalam mimpi

kumenulis
sebuah catatan yang panjang
setelah tersedar dari mimpi yang mengasyikan
kisah kau dan aku
bertemu dan bercumbu rayu
memadu kasih cinta setia yang padu.

kumengkhayalkan tentang dirimu
lalu kugarapkan pada helaian-helaian bisu
menjadi bait-bait kata rindu
yang menjadi temanku di malam-malam sepi tanpa bicaramu
sungguh aku terbuai dalam mimpi itu
walau hanya di alam bawah sedarku.

CNM, 26/2/12, 12.41pm
BBB

Sumpah Tak kahwin Dua

"kalaulah kutahu
penatnya berulang alik
sini rumah isteri pertama
sana rumah isteri ke dua
sumpah aku tak kahwin dua.

isteri muda
sepatutnya menenangkan
ini tidak, kerenahnya
mengalahkan lima anak isteri tua
berkira.

isteri tua juga yang setia
tak pernah mengungkit masa
apa lagi bertanya kenapa
duhai lelaki di luar sana
kalau nak kahwin dua
jangan sesekali abaikan isteri pertama".

keluh, Ustaz Rock.

CNM, 26/2/12, 11.50am
BBB

Duhai Lelaki

Sebahagian kebahagiaan kamu ada pada wanita
sebaik-baik wanita adalah yang solehah
ketika kamu memandangnya kamu akan menyukai
ketika bersamanya kamu merasa tenang dan damai
ketika berjauhan kamu tidak ada risau pada dirinya dan hartamu.

seburuk-buruk wanita
apabila memandangnya mendatangkan keburukan kepadamu
apabila berkata dia meninggikan suaranya
apabila tidak bersamanya
kamu merasa tidak aman pada dirinya dan hartamu.

CNM, 26/2/12, 9.51am
BBB

titis hitam

sepasang mata
yang tertitis pandangan hitam
dari rasukan hati yang dendam
selamanya akan melihat imej contengan arang
walau kelirnya putih semulus kapas.

sepasang mata
yang tak mampu mengarah bicara
menyata yang sewajarnya
terpenjara memeluk nista
terpasung dalam buta.

CNM, 28/2/12, 23.40pm
BBB

kenapa?

kenapa dipanggil kutu rayau
sengajakah mereka sedemikian rupa?
atau telah habis daya
mencari kerja dari tangga ke tangga
di perut kota
buat menyara diri dan keluarga
namun nasib tak menyebelahi mereka
berbaring di mana saja
asalkan dapat memulihkan tenaga
buat mengatur langkah mengemis di kotaraya.

kerajaan harus peka
bantulah mereka
berikan bantuan yang sepatutnya
ajar mereka kemahiran untuk pasaran kerja
di mana khidmat sosial firma ternama
terima mereka berkerja dengan bayaran minima
tidaklah mereka merayau tak tentu hala
ada pekerjaan yang harus dilaksana
diripun terbela
gelandangan jadi penyumbang pembagunan negara.

pak menteri banyakkan agenda
bantu rakyat jelata
usah duduk di kerusi empuk saja
fikirkan program memajukan bangsa
jangan kantung sendiri saja dijaga
anda dipilih untuk berjasa
membantu rakyat yang tak berdaya
memperjuangkan kepentingan yang teraniaya
wakil kepada rakyat mendapat haknya
lima tahun tak lama.

CNM, 25/2/12, 21.20pm
BBB

Air Kelantan

tak selesai lagi rupanya
kesian rakyat kena gali telaga
bangun tengah malam tadah air dalam belanga
menitik-nitik buat air minum hilang dahaga
nak cuci kain baju kena cari sungai yang keruh airnya.

siapapun memerintah ambillah tindakan yang cakna
air itu keperluan asas yang amat berguna
tiada letrik boleh tahan juga
tiada air susah segala
ketepikan hal politik demi rakyat tercinta.

pusat dan negeri duduklah semeja
air bawah pengurusan negeri ikut perlembagaan kita
buang fahaman politik atasi masalah rakyat jelata
lebih mulia
dari saling tuduh menuduh sesama.

harap tok guru selesaikan segera.

CNM, 25/2/12, 20.46pm
BBB

25 February, 2012

Tebal

dia segalanya tebal
poket tebal
cermin mata tebal
baca buku kulit tebal
telinga tebal
bibir tebal
muka tebal
tapak kaki tebal.

harap iman pun tebal.

CNM, 25/2/12, 18.51pm
BBB

Atuk Tua Nak Kahwin Muda

Fikir dulu atuk ya,

i.
jumpa rakan sebaya
nanti kena tanya
ini cucu yang mana?

ii.
malam-malam anak terjaga
atuk kena bangun bancuh susunya
itu syarat bini muda.

iii.
siang penat kerja
malam pula akan dikerja
nafkah batin tak boleh ditunda.

iv.
cemburu harus tiada
jantan hidung belang pasti mengoda
takkan isteri nak dipenjara.

v.
poket kena sendat sentiasa
makeup kena penuh meja
kalau tak alamak kembali menduda.

vi.
atuk kena pandai bergaya
pakaian kena yang berjenama
pasar malam punya 'low class' katanya.

vii
lebih baik ke surau belajar agama
tambah amalan bekalan di sana
bini muda belum tentu boleh menjaga.

CNM, 25/2/12, 18.40pm
BBB

Apa nak buat!!!

"Apa nak buat
aku dapat suami tua
orang ke taman
suami tuaku ke taman
orang bawakan kuntuman bunga
suamiku bawakan kera.

Apa nak buat
aku dapat suami tua
orang lain berkerja
suami tuaku pun berkerja
malam oranag lain layan isteri berasmara
suamiku lena membuta.

Apa nak buat
aku dapat suami tua
orang rambut hitam bergaya
suami tuaku putih rambut macam atuknya
berkecai sudah gelora cinta
terkubur sebelum masa.

Apa nak buat
aku dapat suami tua".

bicara, dara jelita.

CNM, 25/2/12, 17.28pm
BBB

Wilayah yang suci

sudah seminggu
dia menghidu bau kota
yang di dalamnya penuh racun
sedikit demi sedikit kerongkongnya melecur
menjadi payah menikmati rezeki tuhan
bagai menelan buah berduri jadinya.

lalu dia berkata
"nak! ayah terlalu rindu akan bau laut
hantar saja ayah pulang
tempat ini bukan untuk ayah
biar laut yang menemani
ayah ingin pergi dalam tenang dan damai di wilayah yang suci"

CNM, 25/2/12,14.12pm
BBB

Sebelum mengucap selamat malam

di ranjang yang berahi
wangian tubuh sang isteri merangsang rasa
melonjak keinginan hati sang suami
membisikan bicara terhangat
sebagai kata azimat
balasan untuk makan malam yang lazat
enak dan berzat.

dan kini
suatu hidangan makanan batin
menjadi rutin
sebelum sang suami lena dalam kekenyangan batin
sang isteri tanpa pernah lalai
berkhidmat untuk suami yang dicintai
sejenak malam pertama dinikahi.

CNM, 25/2/12, 9.59am
BBB

Bila kali terakhir

Bila kali terakhir
kalian mengucup tangan
ayahbonda tercinta
pada saat bersalaman
untuk meninggal mereka membilang usia
membiarkan mereka menunggu di teratak usang
ditemani air mata rindu
dalam nada sendu
berbisik meraka pada awan yang lalu
pulanglah anakku.

pulanglah sebelum mereka pergi untuk selamanya.

CNM, 25/2/12, 00.10am
BBB

Kunci Cinta

Kucari di pasar malam
mungkin ada kunci cinta
dari satu gerai ke satu gerai
aku bertanya
"bang! ada jual kunci cinta?"
berkerut dahi mereka
saling menjeling sesama
agaknya apa mereka perkata
entah-entah mengata aku gila.

Ha...ha...ha!!!
aku melawak saja.

CNM, 24/2/12, 23.50pm
BBB

Cinta Muka Buku

cinta muka buku
cinta bagai di hujung kuku
ada duit penuh saku
dapat cewek gebu
poket kosong tanpa helaian kelabu
awek kata bye bye sayangku.

aduhhsss..cinta tanpa kebendaan cinta tak laku!!

teman-temanku
berpada-pada meraih cinta muka buku
kerana banyak yang palsu dari yang suci setulus kalbu
kelak jiwa haru biru
termenung sana termenung sini fikiran bercelaru
otak membeku
kecewa membelenggu
menyesal berminggu-minggu
kerja terganggu
boss naik berbulu
sendiri malu.

CNM, 24/2/12, 23.20pm
BBB

alam itu guru

aku berjalan
berhenti perhatikan
aku berlari
berhenti meneliti
aku duduk
melihat alam segenap pelusuk
padanya ada pengajaran yang muluk
medium tuhan beri petunjuk.

CNM, 23/2/12, 21.38pm
BBB

Niat

niat mesti betul
baru tak tersasul
kalau niat tak betul
lambat laun langgar batang tunggul
kepala benjol
digelak si tolol.

CNM, 22.42pm, 22/2/12
BBB

Balang

Balang

Balang kosong
kutiup
bunyinya bergaung.

Balang penuh
kutiup
tiada bunyi.

kenapa ya?

CNM, 22/2/12, 22.02pm
BBB

Jika

jika mentari adalah bahang amarahmu
jika hujan adalah air mata dukamu
jika pelangi adalah percikan ketawamu
jika awan mendung adalah kekecewaanmu
maka
usah susah hati
seisi alam akan mengerti.

CNM, 22/2/12, 18.04pm
BBB

kecewa

ubatnya redha
kerana kita punyai dan dipunyai Yang Esa
siapa kita nak menolak takdir-Nya
sedang itu semua
ujian keimanan kalau mahu dimengertikan.

hentilah membazirkan air mata.

CNM, 22/2/12, 15.54pm
BBB

tak tahu

ambil tahu
cari ilmu
baca buku
tanya guru
perhatikan apa yang berlaku
dengar apa yang diperlagu
selidik hingga hujung kuku
tentu kamu akan tahu.

boleh buat begitu?

CNM, 22/2/12, 15.25pm
BBB

hentikan

hentikan
walau dari zaman datuk nenek moyang
telah dipraktikan
andai bersalahan dengan norma kehidupan
andai bertentangan dengan syariat tuhan
itu harus ditentang
tegakkan kebenaran
walau perlu menghancurkan
sistem yang kononnya warisan.

CNM, 21/2/12, 20.35pm
BBB

Katakan...

Nikmat Tuhan yang mana ingin engkau dustakan
kucontohi nikmat panas dan dingin
panas dan dingin
membentuk awan
panas dan dingin
mewujudkan angin
panas dan dingin
mengumpulkan awan mega
panas dan dingin
menurunkan hujan
panas dan dingin
mencambahkan benih
panas dan dingin
melatakan pepohon
pepohon jadi sumber makanan
keperluan asasi hidupan.

bersyukurlah kepada Tuhan.

CNM, 20/2/12, 19.10pm
BBB

Andai tiada cahaya

sehebat mana kata puja
sehebat mana kata setia
dalam memeram cinta
andai tiada cukup cahaya
untuk menghangat suasana
nescaya cinta tak ke mana
tak akan berbuah bahagia
cari dan rasa
sumber cahaya cinta.

CNM, 19/2/12, 22.05pm
BBB

Belalang Kunyit

Kutemui belalang kunyit
kalau banyak sedap digoreng kunyit
nak tangkap tak sulit
cari pohon-pohon sama wana kulit
pasti ada terselit.

CNM, 19/2/12, 17.11pm
BBB

Langit Jingga

Apabila langit merona jingga
hati mula berbicara
mengenang pahala dosa
apakah amalan seharian diredha
yang masih leka
tidakkah terasa hidup sia-sia
yang masih alpa
tidakkah ingin kembali patut kepada-Nya
kerana setiap kali langit merona jingga
sehari lagi usia telah tiada
dan kita semakin hampir kepada hari penamat nyawa.

CNM, 18/2/12, 21.10pm
BBB
TATHION TAB

Bau

ada manusia
merasa dirinya wangi
tetapi suka menghidu bau busuk
lalu dijaja tentang kebusukan
dia lupa
diri dia juga berpeluh
diri dia juga berkentut
diri dia juga ada lubang dubur
sama seperti orang lain.

busuk!

CNM, 18/2/12, 16.27pm
BBB

Yang Benar

usah dipinar-pinar
ia bagai batuan hampar
keras memejal tak luluh dikekar
selebihnya betulkan diri yang memutar
segala apa yang benar
demi menutup cakar-cakar
yang kamu lontar
dalam sedar kamu tahu kamu tidak benar.

jangan buat onar!
nanti dibakar.

CNM, 18/2/12, 7.12am
BBB

Ada Sinar

Sedari
ada sinar
yang berkerdipan
menunggu kamu menggapai di puncak
hanya anak-anak tangga berliku
perlu kamu langkahi
dengan berwaspada dan bijak
agar tak terjerumus
ke jurang kegagalan
terperosok ke lembah kehinaan.

CNM, 18/2/12, 7.07am
BBB

Sekadar

dijenguk kepala
sekadar menghamburkan muntah
yang diri sendiri rasa jijik
apakah kamu tidak melihat?
wahai orang yang budiman
di tepi jendela itu
ada karung untuk kamu
memuntahkan segala darah dan nanah kebencian
usah kotori laman yang damai
dengan kotoran kata-katamu.

CNM, 18/2/12, 6.52am
BBB

celik

kau celik
aku pun celik
kau nampak
aku pun nampak
kau nak bertekak
aku pun boleh bertekak
kau anggap orang lain macam sampah
aku anggap orang lain ada maruah.

itu beza kau dan aku.

CNM, 16/2/12, 16.49 pm
BBB

kudis dan berkudis

ada yang berwajah malaikat tapi berhati iblis
bercakap tentang kudis
di khalayak yang tiada kudis
sadis
dia tak perasan hatinya berkudis
dianggap orang lain berkudis
dasar pengikut iblis.

CNM, 16/2/12, 16.05pm
BBB

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

aku tengok macam ada yang tak kena
yang datang menuntut bawa kereta
tak nampak macam susah lagaknya
aduh!!!
buatlah sedikit kerja
cari yang betul-betul susah beri kepadanya
aku faham kenapa orang kata gula-gula pilihan raya.

CNM, 15/2/112, 22.31pm
BBB

Si Celupar

berkata dalam samar
putar belit memang dia pakar
orang lain semua tak benar
dia tak rasa dia punca onar
sana sini cakap berdegar-degar
kemaluan sendiri terjojol keluar
tapi masih tak sedar
kain orang nak diselongkar
konon ada ular sawa berlingkar.

kelakar!!!

CNM, 12/2/12, 21.56pm
BBB
@poyo

jika kamu nampak

jika kamu nampak
landasan keretapi bengkok
apa kamu akan lakukan?
sedang beratus nyawa
dalam bahaya.

kalau aku
aku sedaya upaya
memberi isyarat
kepada pemandu
hentikan panduan.

sebelum tergelincir
ramai yang terkorban
buat kajian
betul ke landasan
atau bengkok membawa kemusnahan.

CNM, 15/2/12, 21.41pm
BBB

terkelu dan bisu II

sudah malu
penat sendiri berlari ke hilir ke hulu
paruh patah mematuk batu
berhenti bercermin di tasik kelabu
nampak wajah sendiri haru biru
terpalit lumpur dari kubang palsu
bau hanyir menusuk-nusuk kalbu
akhirnya kembali ke sarang dengan najis penuh di saku.

CNM, 15/2/12, 21.20pm
bbb

15 February, 2012

Menggelupur

engkau sengaja
melacur kata
mula menggelupur
bagai tersiram air panas di dapur
seluruh tubuh terasa hancur
dibakar rasa tidak jujur
tahu diri terlanjur
terduduk muram ingatkan kubur
cukuplah bercakap dengan takbur
sebelum mati dalam kufur.

CNM, 15/2/12, 18.03pm
bbb

terkelu dan bisu

engkau tahu
semua tahu
apa yang bukan norma
namun ego yang membatu apikan rasa
menolak ajaran junjungan
ikut-ikutan iblis dan syaitan
terkelu dan bisu
dirantai keliru
sesat dalam cahaya
kebenaran dipersenda.

bukalah minda!

CNM, 14/2/12, 22.37pm
bbb

pilih untuk gagal

tiada siapa dipilih untuk gagal
semua ada peluang untuk tidak gagal
bezanya ada yang gagal
kerana diri sendiri memilih untuk gagal
walhal, tiada gagal
hanya kejayaan yang tertangguh.

CNM, 14/2/12, 21.10pm
bbb

Jenayah bukan Indek

tidak pelik
berleluasa menjadi jelik
kerana hidup bertuhankan nafsu meterialistik
pegangan agama tak terdidik
rosak diri dikaburi duit
rasuah dan penipuan kredit
lesap jutaan ringgit
negara terhimpit
maruah diputar belit
kepercayaan masyarakat kian sedikit
sama-sama kita atasi jenayah indek
lapurkan kepada yang berwajib
bawa kemuka pengadilan yang terbabit
agar jadi pegajaran kepada yang tertarik.

CNM, 14/2/12, 17.23pm
BBB

Ada apa

ada apa
di sebalik kelambu malam
kamu ada jawapan?
kongsikan
ingin sekali kumendengar perkisahan.

CNM, 12/2/12, 21.47pm
bbb

Tupai

masuk pintu depan
keluar pintu belakang
jalan-jalan cari makan
aku tengok gelagat dia sakan
tak sempat snap foto nak dikongsikan
terima kasih sudi bertandang
walau tak diundang
ambillah apa yang ada kamu ketemukan
aku halal saja semua rezeki daripada Tuhan.

CNM, 12/2/12, 9.18am
BBB

Kisah Belatuk

Belatuk mematuk matuk di batang jati
mengukir nama si biawak jalanan
lalu disapa cengkerik daif lagi hina,
"kalaupun nak menuntut hak bukan begitu caranya,
paruh patah hajat tak sempurna,
lebih baik bawa kepada penghulu rimba,
itu dipersetujui seluruh alam kita".

Belatuk naik angin
dikejarnya cengkerik sini sana
katanya nak menunjuk kuasa
apalah kuasa yang cengkerik ada
melainkan mengingat sesama
"yang baik datang dari Allah,
yang buruk atas kelemahan manusia".

CNM, 12/2/12, 8.09am
BBB

tanpa nota

kukirimkan
sepucuk surat
tanpa nota
seperti yang dijanjikan.

hanya aku dan dia yang mengerti.

CNM, 11/2/12, 23.13pm
BBB

12 February, 2012

"CETO KARAT"

ceto karat
duk rasa diri bersih
ore pon tahu tengok
diri sendiri karat bertepek
nak suruh ore tenguk air.

ceto karat
zaman lo ni ore reti kelih
hok mano molek
hok mano tak molek
tak payah kepoh kepoh.

sian ceto karat, banyak jasa, akal sekerat.

p/s baca ikut loghat kelantan

CNM, 11/2/12, 19.12pm
BBB

11 February, 2012

Buluh

buluh tua
keras lagi bengkok
boleh nak betulkan?
setahu aku akan patah.

buluh tua
tunggu hari untuk mati
keras dan bengkok
nak buat titi pun hampir reput.

hanyut.

CNM, 11/2/12, 18.36pm
BBB

Maksumkah kamu?

tentu tidak jawapannya
jika tidak usah merasa hebat
sana sini membuka aib orang
rasul pilihan tidak mengajar itu semua
kalu tak nak ikut rasul
nak ikut siapa?
iblis? syaitan?

yang rasul ajar itu benar
yang rasul bawa itu kebenaran
ajaran sesat mana kamu pakai
umur saja banyak
akal pendel sejengkal
betulkan diri
sebelum menjaga laman orang.

CNM, 11/2/12, 16.49pm
BBB

Mimpi

Andai
Mimpi kamu seram
Itu tanda hatimu tak tenteram.

Andai
Mimpi kamu indah
Itu tanda hatimu tiada gundah.

Kamu setuju begitu?

CNM, 10/2/12, 11.55pm

harapan

esok belum tentu milik kita
yang ada hanya harapan
kita masih diberi peluang
melihat hari esok
dan saat membuka mata
tersedar dari lena yang melekakan
ucapkanlah alhamdulillah
peluang memadam dosa terbuka
peluang menambah kebajikan tersedia.

CNM, 10/2/12, 19.30pm
BBB

Kesilapan dan akhlak siapa?

setiap dari kita
takkan terlepas dari kesilapan
itulah kelemahan.

namun
kesilapan dengan akhlak siapa?

tersilap sudah lumrah
dah tersilap ikutlah akhlak rasul
mohon keampunan kepada Allah.

jangan pula
dah tersilap ikut akhlak iblis
mengajak orang lain ke neraka.

fikir fikirkan teman.

CNM, 10/2/12, 18.45pm
BBB

Balutan Nesan

Abang sayang
lari lintang pukang
balik di tengah malam
lalu tanah kuburan
seorang-seorang
tiada teman
lalu terpandang
balutan batu nesan
disangka pontianak harum sundal malam
lari tak pandang kiri kanan
basah di sela kangkang
sampai rumah isteri hairan
apa jadi dengan hero kesayangan
mengigil macam demam sebulan
malu sakan.

CNM, 9/2/12, 18.29pm
BBB

Bagai Satu Rumah

Kita bagai satu rumah
mari bersatu padu
menjaga laman ini
andai ada atap bocor
kutinggalkan tugasku
menggosok baju dan melipat kain
datang membetulkan atap itu
supaya nantinya
tidak terbakar dek bahang mentari di siang hari
tidak terbeku dek kedinginan hujan di malam hari
Mahukah kalian membantuku?

"Ya Allah kuniakan kami hati yang bersatu padu".
bulat air kerana pembentung, kuat manusia kerana muafakat.

CNM, 9/2/12, 16.51pm
BBB

Hadiah Pendusta

Aku tidak jijik
mengunyah dan menelan janji palsu
biar terkumuh
menjadi setongkol kumuhan terbusuk
untuk kuhadiahkan
sebagai baja menyubur pohon dustamu.

CNM, 8/2/12, 20.04pm
BBB

Kutuliskan

Kutuliskan
puisi cinta syair jiwa
saat merindu ratuku yang setia
dalam tidur dalam jaga
hanya dia bermain di mata.

Kularikkan
puisi cinta syair jiwa
saat membayang wajah dinda
dalam mimpi dalam realiti
hanya dia yang dipuja.

~CNM~ 12/2/08

Kelih dan pilih

jangan kerana nafsu
dikhuatiri dapat yang palsu
haru.

ikut kata kalbu
moga yang beriman diketemu
rahmat buatmu.

kelih dah pilih
untuh keredhaan Yang Satu
berkat hidupmu.

CNM, 8/2/12, 15.27pm
BBB

Cahaya

Yang benar tetap bersinar
walau dikelilingi kegelapan
aku tidak takut akan kehitaman
kerana di dalam hati ini tetap bercahaya
bagai bulan dilitupi kelam semesta alam
cahayanya suci menerangi.

CNM, 12/2/07, 21.08pm
BBB

07 February, 2012

Senja ini

Senja ini petanda
akan pergi hari ini dan esok menjelma
meninggalkan sejarah padanya
ada yang pahit di dada
ada yang manis di sukma.

Senja ini petanda
akan bertambah sehari usia
imbaslah apa yang dikerja
menambah pahala
atau menokok dosa.

Kupohon ampun kepada-Mu Yang Esa.

CNM, 12/2/07, 19.11pm
BBB

Air Mata Laju

Ketika mana air mata mencurah laju
hati sebak tak tertanggung kalbu
gelora rasa menghimpit dadaku
teresak dalam sendu
saat kehilangan ayah ibu.

akan kamu ketemu
suatu saat itu
detik merasakan tiada akan berjumpa lagi ayah ibu
seluruh jiwa raga buntu membeku
hanya air mata mengalir laju.

aku pernah merasa saat itu.
kamu?

CNM, 12/2/07, 18.34pm
BBB

Puisi Cinta Syair Jiwa

Kupuisikan puisi cinta syair jiwa
kepada Dia Tuhan seluruh alam semesta
sungguh hebat tiada tandingan akan segala
kerana Dia maha berkuasa
segala isi di langit dan bumi milik-Nya.

Kupuisikan puisi cinta dan syair jiwa
kepada ayahbonda yang berkorban apa saja
sungguh hebat kasih sayang tiada tandingan akan di dunia
kerana ayahbonda
menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Kupuisikan puisi cinta dan syair jiwa
kepada sang ratu yang setia
sungguh hebat cinta dan kasih sayang dinda
kerana cintamu yang mulia
kucurahkan segala selagi ada nyawa.

Kupuisikan puisi cinta syair jiwa
kepada anak-anak tercinta
sungguh indah hadirmu bawa bahagia
kerana kamu anugerah-Nya
amanah yang perlu kujaga.

~CNM~ 12/2/07

Atas Nama Cinta

Atas nama cinta kurela merana
menyayangi dirimu yang kudamba.

Atas nama cinta kumemberi setia
menunggu dirimu yang kupuja.

Atas nama cinta syair jiwa
kumelodikan bait kata jadi bisikan asmara.

~CNM~ 12/2/07

Tiada puisi cinta

Kutiada puisi cinta syair jiwa
yang nak dinyayikan
yang ada cuma rasa cinta
lebih tinggi dari himalaya
lebih dalam dari jurang mariana
kepada yang aku cintai.

~CNM~ 12/2/07

Tiada niat

Tiada niat
aku mencari gaduh
mengumpul musuh
kerana itu bukan prinsip hidupku
jika aku menyusahkan kalian
aku undur diri
tidak apa-apa
di mana-manapun
aku boleh menulis
tak ada hal.

CNM, 7/2/12, 9.53am
BBB

Menulis Puisi

Ada seni tersendiri
jika diteliti
jika diperhalusi
jadi ia bait kata indah sekali
menarik pembaca memelodi.

Saudaraku usah bimbangi
tulis saja ada yang membetulkan nanti
dengan hati ikhlas meningkatkan kualiti
bukan berniat mencari salah ahli
moga puisi jadi ingatan walau dibaca sekali.

Jangan kecil hati
mari kita saling memperbaiki
tak mati penulis dikritik pemuisi
ambil input jadikan inti
mantapkan puisi supaya digemari.

CNM, 6/2/12, 17.09pm
BBB

Sayang Zuriat

Dia haiwan
dia ada sifat kemanusiaan
tahu berkasih sayang
memeluk erat zuriat dikandungkan
sungguh mulia hati binatang.

Manusia ada yang kejam
anak sendiri dibunuh dalam lubang jamban
dicampak dalam tong sampah tepi longkang
kalahkan haiwan lebih teruk dari binatang
manusia yang tiada sifat kemanusiaan.

Tunggu balasan Tuhan!

CNM, 6/2/12, 16.13pm
BBB

jadi biasa, jika biasa

Fikir di luar kotak
untuk hasil yang di puncak
jika fikir biasa
hasilnya juga jadi biasa
kupercontohkan
bila ditanya 'kamu sihat'
jawablah 'luar biasa sihat'
pada maknanya
bukan sahaja sihat
malah luar biasa sihat
tentu ada sesuatu yang lebih dari sihat.

boleh gitu?

CNM, 6/2/12, 9.10am
BBB

Fikir sejenak

berkata-kata
dengan berhenti sejenak
lebih bermakna
dari terus berucap tanpa isi bermakna
yang lahir hari dendam.

berkata-kata
dengan penuh hemah
lebih bererti
dari terus menghambur tanpa matlamat
yang terzahir dari amarah.

CNM, 6/2/12, 8.51 am
BBB

Senyum

Senyum
seindah mentari
pagi.

Senyum
berseri
menerangi hari.

Senyum
seikhlas hati
penawar yang dinanti.

Senyum
wahai teman puisi
hilangkan duka yang menyakiti.

CNM, 6/2/12, 8.40am
BBB

Apa jadi dengan janjimu?

Apa jadi dengan janjimu
janji yang kupegang ke akhirnya
andai ada hari kumelupakan dirimu
itu adalah hari terakhir diriku.

Kumengingati kata-katamu
bahawa dirimu tak akan berpaling dariku
seperti denyut nadi tak pernah terhenti
kini ia hanya tinggal janji.

Apa jadi dengan janjimu?
telah terserah pada tangan yang baru
mengambilnya dari hatimu
menguburkan di hadapan mataku.

Kenalkan padaku
siapa gerangan penerima janji palsu
kerana dia bakal menelan racun kata-kata manis bermadu
kau tahu itu.

Apa jadi dengan janjimu!

CNM, 5/2/12, 23.20pm
BBB

Tunggu Masa

Pelepah bawah jatuh
pelepah atas jangan ketawa
baik berdoa.

CNM, 5/2/12, 21.18pm
BBB

Masjid dan Negara

Masjid ada imamnya
negara ada pemimpinnya.

Masjid ada makmumnya
negara ada rakyatnya.

Makmum perlu mengikuti imam
rakyat perlu hormati pemimpin
namun bukan dengan membuta tuli.

Nak menegur ada caranya
sebutkan subhanallah
bukan dengan bertakbir.

CNM, 5/2/12, 15.38pm
BBB

Salam Maulidul Rasul

Sesungguhnya Rasulullah itu
contoh keperibadian terbaik buat kita umatnya
bukan sekadar menyebut-menyebut namanya
tanpa mencontohi dirinya
marilah kita mencontohi Rasulullah S.A.W
kekasih Allah.

Teman
Rasulullah tidak membuka aib orang
Rasulullah akan menutup air umatnya
janganlah di hari mulia ini aib orang yang diperkatakan
jagalah keperibadian sendiri itu lebih bererti
sesungguh Allah maha penerima taubat.

CNM, 12 Rabiulawal 1433H, 8.56 am

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujuraat ayat 11

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12

04 February, 2012

Transformasi Ummah

Dia agen transformasi ummah
tegar menegak akidah
dari Mekah berhijrah ke Madinah
menghubungkan ukhwah
dua kaum yang bertelagah.

Rasulullah
menyampai kalam Allah
menyelamat umat dari punah
disesatkan musuh yang nyata laknatullah
andai berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah.

CNM, 4/2/12, 21.42pm
BBB

03 February, 2012

Cuti

datang lagi
boleh rehatkan diri
dari rutin kerja sehari-hari
lapangkan masa dengan anak isteri
bersama jalankan aktiviti.

datang lagi
boleh garap puisi
baca nukilan kawan di sini
hebat-hebat semuanya menganyam suara hati
kerdil rasa diri ini.

cuti-cuti malaysia kini!

CNM, 3/2/12, 19.06pm
BBB

Tanpa Gagal

laksanakan
tanpa gagal
segala suruhan-Nya.

tinggalkan
juga tanpa gagal
segala larangan-Nya.

selamat!

CNM, 3/2/12, 16.19pm
BBB

Betulkah?

yang suka
hu ha hu ha
lambat kahwin.

yang diam
tak banyak cakap
cepat kahwin.

cer perhati tengok!!!

CNM, 2/2/12, 22.50pm
BBB
@poyo

Mampukah?

yang dibenci
diberi kasih sayang
tanpa soalan.

yang mencurangi
diberi kemaafan
tanpa dendam.

tanya sama hati!

CNM, 2/2/12, 22.19pm
BBB

Dapat

baca dapat
lihat dapat
dengar dapat
amalikan dapat
perhatikan dapat.

dapat apa?
dapat apa?

dapat ilmu
mudahan yang bermanafaat.

CNM, 2/2/12, 21.45 pm
BBB

Berkarat, Mengarat, Dikarat

Berkarat
tak ambil berat
tak nak buat yang hebat
hilang kilat
tumbuh kulat.

Mengarat
sengaja tambah berat
makan sampai tak larat
perut sendat
nafas tersekat.

Dikarat
terikut yang berkarat
yang cepat jadi lambat
mula pasang niat
tak mahu terlibat.

Berkarat, Mengarat, Dikarat
kena ubat
kalau tidak jadi melarat
sebelum terlambat
kena perambat.

CNM, 2/2/12, 15.33pm
BBB

Di Hujung Hari

di hujung hari
mari kita bermuhasabah diri
mengingati amali
berat sebelah kanan atau sebelah kiri
biarkan malaikat di kiri rehat tersenyum
biarkan malaikat di kanan penat mencatat juga dengan senyum
moga tergolong kita
dalam kalangan yang menerima suratan amalan berwangian syurga.

CNM, 1/2/12, 22.32pm
BBB

Seekor Jalang

datang dengan penuh sopan
lenggang lenggok kalah nenek kebayan
menumpang laman untuk main wayang
kelir putih jadi hitam legam
menghambur fitnah melagakan orang
aku bermohon dari fitnah akhir zaman
dibawa seekor jalang.

jalang! cuba ingat tuhan.

CNM, 1/2/12, 22.12pm
BBB

Tak berbunyi

dalam komuniti
keakraban jadi intipati
namun ada yang kentut tak bunyi
menyebar racun benci
bagai api memamah sekam padi.

CNM, 1/2/12, 22.02pm
BBB

Jalan tak sentiasa selari

jalan yang kita lalui
tak akan sentiasa selari
adakala ia mengeleding lari
maka tersungkur kita di tengah jalan berbaki
adakala ia membengkok ke tepi
maka terjerumus kita ke jurang berdaki
perimbangan diri
kawal selia syariat Ilahi
memungkinkan jalan kita sentiasa selari
membawa ke alam abadi
menemui pencipta hakiki.

CNM,1/2/12, 21.46pm
BBB

Ujian Tuhan

Di ranjang berseligi ini dik
kumendekap erat silaturrahim antara kita
bahawa tergalas tanggungjawab di pundakku
melindungimu
memimpin tanganmu ke jalan diredha Yang Satu.

Di ranjang berseligi ini dik
kumeribamu menyemai kasih sepanjang zaman
bahawa hidup ini perlu terus berjalan
dalam redha menjinjing keperitan
secebis ujian Tuhan.

CNM, 1/2/12, 20.01pm
BBB

Aku Kutip Rezeki

di manapun jua
akan kukutip rezeki
janji bukan dicuri
takdir Ilahi
aku syukuri.

tak kupinta lahir begini
terdampar keseorangan terpisah dari famili
akan kugagahi
menjunjung hayat berbaki
menunggu mati.

CNM, 1/2/12, 19.16pm
BBB

Seekor Betina, Seekor Jantan

Seekor betina
berdiri di sudut kelam
dalam pakaian telanjang
menanti jantan hidung belang
membawa pulang
sama-sama menyetan di ranjang
tak takut Tuhan
janji poket kencang
sendat duit haram
hasil jual daging busuk di sela kangkang.

Seekor jantan
bersekongkol nafsu haiwan
terpedaya gedik jalanan
melencong kekancah kemaksiatan
melempias syahwat di lorong hitam
walau memiliki ladang bercucuk tanam
di biar gersang
mengharap pacuran air kenikmatan
dalam lena penuh kehausan
setitis belaian lelaki idaman.

Kembalilah ke pangkal jalan
sebelum solat empat kali takbir diimamkan
penghormatan terakhir sebelum ke kuburan.

CNM, 1/2/12, 16.41pm
BBB

Semutar Melilit

itu ini jelik
tengok orang pelik
tak pernah ada baik
prasangka mendabik
dalam hati yang munafik.

memutar belit
leher sendiri terbelit
lidah melilit-lilit
terjelir tercekik
aku tak pelik.

CNM, 1/2/12, 14.42pm
BBB

Lelah

Dihimpit segerombolan beban
dalam waktu yang pandak
aku lelah jadinya
kamu teruskan
aku ikut dari belakang.

CNM, 31/1/12, 15.11pm
BBB

Belukar Cinta

Jika kau tercampak ke belukar cinta
berhati-hati dengan onak duri tipu daya
ia bisa mencalar seluruh rasa
selusuri denai ke muara bahagia
berpandu kerdipan bintang rindu
berkompas sinar mentari kasihmu
menyatu di muara berkat doa dan restu
Yang Satu.

CNM, 30/1/12, 19.07pm
BBB

Impak

Hati membeku
jemari enggan melarik lagu
biarkan saja kata terbelenggu
membungkam di kalbu
biar waktu jadi penentu
penawar diketemu
mengubat luka yang bisu.

CNM, 30/1/12, 18.54pm
BBB

Aku dan Dinda

Di teratak cintamu dinda
aku menumpang teduh
menghirup wangian taman kasihmu
buat membajai pohon sukma
yang berpucuk kasih sayang.

Di pelantar rindumu dinda
aku menumpang berbaring
beralaskan cadar kesetiaan
membuai lenaku
menghadirkan mimpi indah.

CNM, 30/1/12, 16.55pm
BBB

Akan kupertahankan

Setiap apa yang aku yakin
akan kupertahankan
biar melebur jasad
kepercayaan memejal di hati
tak terluluh dek bolak balik imiginasi.

CNM, 30/1/12, 16.19pm
BBB