jujur kukatakan
cintamu tak pernah kusangsikan
kerana kutahu
dan sememang kunikmati
limpahan laut kasihmu.
ikhlas kukhabarkan
cintamu tak pernah kuragukan
kerana kumerasa
dan sememang kumiliki
abadinya titisan kasihmu.
aku jadi rindu
setiap detik bersamamu.
CNM, 24/6/12, 4.12pm
THMK
No comments:
Post a Comment