andai namaku diseru
merenangi luas lautan
menuju kepulauan laut kasihmu
akan kurenangi dengan hati penuh berahi
kerana aku yakin di sana cinta berahimu melimpah ruah.
andai namaku dilaungkan
mendaki barisan banjaran gunung
menuju ke puncak banjaran kasihmu
akan kudaki dengan hati penuh ghairah
kerana aku pasti di sana puncak kasihmu menunggu penuh ghairah.
CNM, 23/6/12, 10.46pm
THMK
No comments:
Post a Comment