aku rela
dipanggil pencuri
kerana sememangnya
aku mencuri hatimu
untuk kusimpan ke akhir hayatku.
aku redha
digelar peragut
kerana sememangnya
aku meragut kasihmu
untuk kutahta ke hujung nyawaku.
terima kasih sayang
kerana mengizinkan
kerana memberi ruang
kerana memberi peluang
aku memiliki laut kasihmu hingga saat ini.
CNM, 8/6/12, 11.28am
THMK
No comments:
Post a Comment