Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
lautan kasih yang kumiliki datang hari kebeningan hatimu memancar cahaya bak langit bersuluh purnama dipagari kilauan kejujuran yang tidak sekalipun padam bagai udara yang kuhela.
lautan kasih yang kaulimpahkan meruap wangian rindu seharum mawar merah yang sering kuhirup dari kamar cintamu cintaku dan cintamu semerbak mewangi tak terlarut dek arus zaman.
No comments:
Post a Comment