Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

07 June, 2012

hati bertampal

hati yang bertampal koyok
membawa diri termenung monyok
melancar perang mogok
macam ayam tak mahu berkokok
enggan berseronok
walau dipujuk elok-elok
katanya usah menyogok
dirinya bukan terlalu bongok
untuk membeza yang tulin dengan yang olok-olok
hati jangan sesekali dibelok-belok
nanti katanya tiada bagimu esok
dendam memakai tengkolok
silaturrahim jatuh terjelepok
dicampak orang ke bawah pokok
bersepah macam puntung rokok.

CNM, 7/6/12, 9.14pm
THMK

No comments:

Post a Comment