Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

02 October, 2011

TIUB

Bilaku lalu
kawasan kampung Ulu Bendol
kuterlihat papan tanda
jelas tertulis TIUB.

Kusangka
penukar tiub motorsikal
memasang iklan perkhidmatan
tiada pula tertera nombor telefon.

Bilaku kian menghampiri
kuterbaca TIUB itu
telur itik ulu bendul
Omak ai!!! mengelirukan oden.

Serta merta
buat aku kecur
gulai lemak telur itik
selalu bonda masakkan untukku.

CNM, 2/10/11, 17.37 pm

No comments:

Post a Comment