Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

23 October, 2011

Tak pernah kumelupa

Telah berulang kali aku katakan
aku tak akan melupakan desa itu
yang separuh dari waktu hidupku bernesan di sana
namun apa daya hanya ilmu dibekal ke dada
tiada wang berjuta mahupun harta pusaka
ditinggalkan buatku di sana.

Jadi biarlah aku berkelana
mencari rezeki di bumi Tuhan
demi kehidupan anak-anak tercinta
biar kenangan silam terus bernyawa
menjadi kenangan terindah mengubat rindu
bahawa aku tetap bangga lahir di sana.

CNM, 23/10/11, 22.05 pm

No comments:

Post a Comment