Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Kasih aku tenggelam dalam laut kasih sayangmu tak akan kuleraikan ikatan selagi dikau berpegang teguh pada janji cinta yang kau beri akan kugenggam hingga nafas terhenti.
Kasih aku hidup dalam alam rindumu tak akan kulepaskan pegangan selagi dikau melimpahkan kasih sayangmu kesetiaan yang kau junjung akan kutahta hingga nafas terpadam.
No comments:
Post a Comment