Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

04 October, 2011

Doakan aku



Senja pun bertanya
buat apa kamu CNM?
lalu aku menjawap buat puisi dari tinta hati
nama kamu sering kali kusebut
bagaimana kamu merona lagi dengan warna jingga
indah sungguh coretan kamu.

Ketahuilah duhai senja
burung-burung pulang ke sarang
memeluk anak-anak di celahan dahan
melambai-lambai pemergian kamu
dan sepanjang malam
mereka mimpikan siang yang indah.

Aku jua di sini
ingin katakan kepada kamu
terlalu berat melepaskan kamu pergi
kerana esok belum pasti
apakah akan kulalui seindah hari ini
doakan aku duhai senja.

CNM, 3/10/11, 18.25 pm

No comments:

Post a Comment