Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

23 October, 2011

Laut Kasih 68

Kuteguk puas-puas buih rindu
buat menghilang dahaga cinta
yang dikau tawarkan kasih.

Kutelan pahit waktu
demi menunggu saat bersamamu kasih
kerana kutahu dikau bukan pengecewa.

Kuhirup manis senyummu
jadi penawar resah gelisah
tanpa limpahan laut kasihmu.

CNM, 23/10/11, 23.36 pm

No comments:

Post a Comment