Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

02 February, 2014

Zharif Aimran

Zharif Aimran

5 Disember 1999
tarikh yang tak pernah dilupa
saat kudengar tangisan pertama
hadirmu membawa ceria
syukur kepada yang Esa

saat doktor membersih dirimu
abah memandang sebak
menerima seadanya kamu
tanpa apa-apa rasa kejanggalan
zahirnya engkau sempurna

setelah mengerjakan solat maghrib hari itu
abah menemui ibu tanpa kamu
suram wajah ibu
membisikkan kamu cacat
tanda tanya menerjah minda ini

telah kulihat
engkau zahirnya cukup sifat
tiada cacat celanya
tak tersangka
engkau lahir sebagai anak SD

kuterima hadirmu atas anugerah-Nya.

CNM, 28/11/13, BBBangi

1 comment:

  1. kala membaca tinta ini..
    titis jernih hampir jatuh..
    memahami jiwa ibu bapa..
    yang sedang di duga..

    walau zahirnya nampak sempurna..
    tp ada batas yang menghalangnya..
    dia anak istimewa..
    dia anugerah terhebat daripadaNya..

    kepada ibu bapanya..
    tahniah...kerana mengasihinya..
    tahniah..kerana menceriakan harinya..
    tahniah..kerana sabar dengannya..
    kamu insan terpilih..
    kerana kamu yang teristimewa..
    di matanya..(Zharif Aimran)

    eyeyou~6.3.2014

    ReplyDelete