1.1.2014
Satu satu dua ribu empatbelas
ditunggu bagai percikan emas
sana sini menghitung detik duabelas
menyaksi jarum jam seberkas
Satu satu dua kosong satu empat
moga tambah mutu jadi hebat
kualiti diri dipertingkat
ganda amal ibadat.
Mari jaga solat
jadi pemurah tunai zakat
bersedia ke hari akhirat
moga hidup dapat rahmat.
CNM, 31/12/13
No comments:
Post a Comment