Aku Dulu
aku anak kampung
tiada miliki apa-apa
cuma pasang cita
ingin ke gedung ilmu
buat menempuh hidup berliku
aku anak kampung
berbekal kasih doa ibu
tiba ke menara ilmu
menggapai jaya
mengejar kerjaya
aku anak kampung
jerih perit terbiasa
menambah ilmu ke dada
mengubah nasib keluarga
mahukan bahagia...
CNM, 29/11/13, BBBangi...
No comments:
Post a Comment