Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

27 February, 2014

Layak

Layak

Aku sejak dari tahu pertama bergelar guru diamanahkan dalam unit disiplin. Sehingga hari ini dan dua puluh tahun bergelar warga pendidik aku masih dalam unit yang sama. Agaknya dah jadi jawatan tetap dan berpencen. Selagi terdaya akan kupikul, kugalas, kujunjung tugas berat ini. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Esok ini seperti biasa ditakwimkan aku bercakap tentang hal disiplin. Walau telah lama dalam bidang ini namun rasa gemuruh, rasa tidak yakin, rasa tak layak bercakap itu tetap adak kerana bila nak bercakap kata orang "cakap serupa bikin la". Lalu aku menyemak rekod kehadiran sendiri pada zaman persekolahan dulu. Kubuka sijil berhenti sekolah. Ah! Sungguh melegakan, terpampang catatan 190/190 aspek kehadiran.

Sah! Aku layak bercakap...

CNM, 2/1/14, BBBangi

No comments:

Post a Comment