Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

29 September, 2012

Seloka 1 Malaysia

Seloka 1 Malaysia

Indera kayangan nama diberi
kecil molek indah berseri
nun di utara letaknya negeri
raja dan rakyat hidup harmoni,

Kedah negeri jelapang padi
hijau bumi rakyat berbakti
membekal beras tak pernah henti
sumber makanan utama kami,

Irama boria jadi tradisi
Pulau Pinang itulah negeri
bukit bendera sering dikunjungi
kereta kabel jadi mercu negeri,

Perak kaya dengan hasil bumi
Taiping ke Port Well dibina landasan keretapi
tahun 1888 tercatat sejarah ini
timah Lembah Kinta jadi saksi,

Selangor terkenal negeri industri
rakyat maju berteknologi tinggi
adat resam jangan tak diperduli
kelak binasa muda dan mudi,

Adat Perpatih amalan negeri
kaum ibu lebih bertempat di hati
bandar Seremban jadi nadi
pembangunan rancak diberi,

Pesat dengan pelancongan terkini
Melaka punyai sejarah tersendiri
peninggalan sejarah jadi bukti
melayu bangsa disegani,

Paling selatan negeri ini
negeri subur hasil pak tani
permainan kuda kepang diwarisi
seni negeri Johor boleh ditemui,

Genting Highland tempat tertinggi
jadi kunjungan pelawat serata negeri
Pahang miliki tanah-tanah tinggi
tak kurang hasil sawit bermutu tinggi,

Petroleum hasil utama negeri
Terengganu kaya raya kini
pembagunan pesat terjadi
rakyat maju negeri berprestasi tinggi,

Negeri Cik Siti
Kelantan orangnya baik budi
ditadbir pemimpin akhlak terpuji
moga dirahmati Ilahi,

Kuching, Bintulu, Miri
bandar utama bumi ini
Sarawak kaya hasil hutan asli
masyarakat terkenal berjati diri,

Sabah punyai puncak tertinggi
Gunung Kinabalu cukup dikenali
pelbagai kaum mendiami
hidup aman berintegrasi,

Wilayah Persekutuan penambah seri
Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya sering di hati
jadi lambang proses urbanisasi
menjadi negara maju dalam acuan sendiri,

kekallah berpadu di bawah panji
jalur gemilang berkibaran megah di sanubari
sama-sama mendukung sistem demokrasi
raja lambang kesepakatan yang termatri.

CNM, 16/9/12, 9.15am
THMK

No comments:

Post a Comment