Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

29 September, 2012

Cerita Telefon

Cerita Telefon

dulu-dulukan
satu kampung satu telefon terpasang
kena pusing-pusing bila mendail nombor rakan
maju sikit tukar jenis tekan-tekan butang,

yang bercinta bergayut sakan
yang kecemasan beratur panjang
ada yang bertengek berbaring memegang ganggang
punya asyik dari malam membawa ke siang,

era sembilan puluhan
telefon bimbit diperkenalkan
saiz punya besar tak muat tangan
punya bangga miliki telefon tangan,

zaman sekarang
telefon semakin canggih tak terbayang
aplikasi pelbagai sistem gelombang
persekitaran semakin tercemar dek aliran gelombang,

kamu tak bimbang?

CNM

No comments:

Post a Comment