moga kamu
tidak tersalah pilih
kerana aku bukan hartawan
apatah lagi jutawan
yang mampu menaburkan wang
betulkah aku yang kaupilih jadi teman
kerana nantinya aku akan memperdengarkan kebenaran
apa yang bertentangan
apa yang bersalahan
akan kukata penuh kejujuran
sanggup kautelan?
jika sanggup
kamu bukan salah buat pilihan
CNM, 10/9/12, 7.13pm
THMK
No comments:
Post a Comment