syukur kepada Ilahi
hingga saat ini mengurniakan ilham berpuisi
lantas kuabadikan buat tatapan isteri
betapa kasih sayang yang kamu beri
amat bermakna dalam hidup ini.
Alhamdulillah
kasih sayang kita terus bercambah
berkat mengharungi badai dengan tabah
dalam senang dalam susah
sama-sama menikmati sama-sama menyelesai masalah.
Terima kasih sayang
kerana terus di samping abang
meneruskan kehidupan yang kita rancang
moga kita jadi hamba yang cemerlang
tergolong dalam kalangan yang diredhai Tuhan.
Mudahan lautan kasih kita terus bergemerlapan.
CNM, 1/9/12, 9.41pm
THMK
No comments:
Post a Comment