telah diutuskan
janji-janji ke syurga
janji-janji ke neraka
perkiraan pahala dan dosa
dalam catatan yang Esa.
jadi usah kita lupa
ayat-ayat mana yang ingin didusta
kerana persaksian segala anggota
atas apa yang dikerja
di dunia.
Ya Allah
kurniakan keredhaan-Mu
untuk kami semua
jangan sesekali kami dijemput dalam keadaan hina
dalam jaga
dalam lena.
CNM, 030412, 0924pm
THMK
No comments:
Post a Comment