tak ingin aku terbang
beriringan denganmu ke dada langit
kerana sikap keangkuhanmu
melupakan reranting di bumi
tempat kamu mengenal dunia.
tak ingin aku berganding
berpimpin tangan denganmu ke pelantar pelangi
kerana sikap egoismu
melupakan saat menimba ilmu
yang sama-sama kita gali.
biarkan aku
di bumi nyata
aku ada yang Esa
yang Maha Mengerti lagi Maha Memberi
aku pasti.
CNM, 040412, 1049pm
THMK
No comments:
Post a Comment