Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

07 April, 2012

aku bukan sesiapa

aku bukan sesiapa di sini
kalau bukan kerana kamu teman
menghulur tangan tangan persaudaraan
memaut kejat aku terus berdiri
memintal puisi dari tinta hati.

aku bukan sesiapa di sini

kalau bukan kerana kamu kasih
menyuntik semangat tanpa merasa jerih
membakar iltizam terus bertatih
menggarap puisi berseni.

aku bukan sesiapa di sini
kalau bukan kerana izin-Nya
mengurniakan ilham masa ke masa
berkongsi isi minda gelora rasa
dalam bait puisi bernada.

aku bukan sesiapa
jauh sekali mendabik dada
berkongsi keindahan bahasa
dalam ayat-ayat berirama
menyampai mesej sesama.

CNM,060412,1123pm
THMK

No comments:

Post a Comment