nukilanku
kutulis
sebuah puisi panjang
buat tatapanmu dinda
telah kubukukan seindah kata
jadikan kenangan cinta.
kucoretkan
sebuah soneta berirama
buat menemanimu sayang
telah kudiarikan seindah garapan
jadikan pengubat rindu.
kulakarkan
sebuah syair berlagu
buat menghiburmu manja
telah kugubah lagu dan irama
jadikan lagu jiwa.
CNM, 8/4/12, 8.51pm
THMK
No comments:
Post a Comment