hargai peluang kedua
setelah engkau menangis
sedu sedan memohon peluang kedua
dengan janji memperbetulkan diri
hargailah kepercayaan yang diberi
jangan khianati lagi
kerana di hatinya masih tertinggal
sisa-sisa menyayangimu
yang perlu kaubajai dengan kejujuran
bukan menabur racun sandiwara berbancuh air mata
kerana peluang ketiga jarang bertandang lagi.
CNM, 8/4/12, 4.51pm
THMK
No comments:
Post a Comment