Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Setiap kejadian ciptaan-Nya tersembunyi seribu rahsia jika kita mahu melihat petanda tidak dijadikan-Nya sesuatu untuk sia-sia kitalah yang perlu memerah minda mencari akan tanda kekuasaan yang Esa.
Pada pohon itu terukir jalur-jalur bisu diam kaku namun ia bukan palsu memberi tanda yang jitu dan yang hidup perlu tahu kehidupan anugerah Tuhan yang satu.
No comments:
Post a Comment