Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya. Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya. Tiada sempadan tiada rahsia. Semua insan diundang membaca.
Followers: TQ
Carian Dalam Laman ini
Group Facebook Tinta Hati Menitip Kata
29 March, 2011
Senja ini
Senja ini
hati berbisik lirih
katanya tak ingin bersuara
menyata yang menyesak dada jiwa
biar saja resah itu pergi bersama hela nafas
pergi jangan kembali biarpun hati kian lelah.
Senja ini
hati kian lelah
lelah menanti penghujung episod duka
dipadamkan cahaya lentera pemulanya
biar gelita asalkan hati bercahaya pelangi
dalam diamnya yang penuh pengharapan.
Senja ini
kala malam menghambat langit jingga
kaku dan kelu lidah
diam termanggu
menatap gelita malam
menelan rakus cahaya mentari.
~CNM, 29/3/11, 19.34 pm~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment