Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya. Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya. Tiada sempadan tiada rahsia. Semua insan diundang membaca.
Followers: TQ
Carian Dalam Laman ini
Group Facebook Tinta Hati Menitip Kata
28 March, 2011
Ditoreh sembilu nista
Hati yang ditoreh sembilu nista
akan bernanah duka
membajai pucuk dendam
menyubur rimbunan sengketa
merosakkan tali persaudaraan
terlerai ikatan persahabatan
menjerumuskan insan
ke lembah kebinasaan
tinggal dalam api kemarahan
yang membakar jiwa dan perasaan
mengepulkan asap dan debu kemusnahan.
~CNM, 28/3/11, 21.52 pm~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment