Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

11 March, 2011

Tsunami

Namamu asalnya dari negara matahari terbit
datangmu selepas gegaran gempa bumi
datangmu selepas meletusnya gunung berapi
di dasar laut penuh rahsia.

Begitu lebar dirimu sepanjang 200 kilometer
kau bergitu tangkas bergerak mencecah 800 kilometer sejam
ketinggianmu menggalah 27 meter
kau memusnahkan ruang suci yang kau lewati.

Tanggal 11 Mac 2011
kau lawati kepulauan Jepun dengan terjahan maut
tanpa tanda tanpa amaran
menjemput insan ke pusaramu
tsunami sejarahmu pasti terpahat di lubuk memori.

CNM, 22.05 pm, 11/3/11

No comments:

Post a Comment