Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

23 April, 2011

Tugasan hakiki

Pada keheningan pagi
aku bangkit menyuci diri
menunaikan perintah Ilahi
memanjat doa agar dirahmati
moga dipermudahkan tugasan hakiki
mendidik anak bangsa mengecapi
kejayaan yang cemerlang untuk menjejaki universiti
itulah tugasan saban hari
selagi ada hayat ini.

Ya Rabbi
permudahkan hamba-Mu ini
menguasai dan menyampaikan ilmu kepada pewaris generasi
moga terbina negara bangsa yang harmoni
tenteram dalam limpahan rahmat dan diredhai.

~CNM, 23/4/11, 6.45 am~

No comments:

Post a Comment