Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

22 April, 2011

Alam kian suram

Dalam atmosfera bumi
ada selimut karbon
yang menyerap menyerak bahangan mentari
dibenarkannya bahangan lolos
namun diperangkap di muka bumi
bumi jadi hangat kepanasan
pemanasan global jadi bualan
tangan-tangan manusia yang memulakan
segala aktiviti tanpa kawalan
dari pembalakan hingga ke perindustrian
semuanya menyumbang
manusia kian tertekan
mencari jalan penyelesaian
hidup tak lagi dalam kebersihan
udara kotor dengan asap kenderaan
diburukkan lagi dengan jerebu asap kilang
Oh!!! Tuhan
syukur hujan yang Engkau kurniakan
meredakan keadaan
kekalutan ciptaan insan
berpelajaran
namun tuntutan pembangunan
buat mereka kealpaan
kesan ke atas hidupan
rosak binasa isi alam
sampai bila bumi mampu bertahan?

~CNM, 22/4/11, 7.59 am~

No comments:

Post a Comment