Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

17 April, 2011

Betul

Kita sering kali merasakan kita saja yang betul
ada betul?
jika perasaan merasakan kita saja sentiasa betul
sudah tiba masanya kita perlu diperbetul
kerana mana mungkin kita sentiasa betul
ambil kira pandangan orang lain yang mungkin betul
kitalah yang perlu menilai betul-betul
jangan menolaknya sebelum didapati tidak betul
barulah tindakan kita dianggap betul
bukan awal-awal lagi melabelkan idea orang tak betul
itu tidak betul
yang tak betul kena diperbetul
perkara yang tak betul
jika diamalkan perlu dihentikan agar jadi betul
jika kita memilih yang betul kita di landasan yang betul
diredhai Ilahi itu baru betul.

~CNM, 17/4/11, 8.14 am~

No comments:

Post a Comment