Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

23 April, 2011

Mengkritik

Mengkritik memang mudah
menjayakannya itu yang payah
jika kita ada kebolehan kenapa tidak dikongsi untuk nilai tambah
jangan hanya tahu mencari salah
ini sifat yang tak membawa faedah
pandai tapi tak boleh nak mengasah
apakah jadah!
fikir-fikirkanlah.

Bukankah?
salah satu tugas kita membetulkan yang salah
rasanya itu satu sunnah dan perintah
bukan memberi sumpah seranah
ingat! kita akan kembali ke tanah
jangan banyak kerenah
kelak menyesal tak sudah
kalau tak nak membantu usah mencipta nanah
kerana yang bernanah itu jijik dan membawa punah.

~CNM, 23/4/11, 17.14 pm~

No comments:

Post a Comment