Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya. Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya. Tiada sempadan tiada rahsia. Semua insan diundang membaca.
Followers: TQ
Carian Dalam Laman ini
Group Facebook Tinta Hati Menitip Kata
10 May, 2014
Dulu Ceritanya
Dulu Ceritanya
Dulu,
mak ayah hormat cikgu
serah anak dengan suci kalbu
pada guru diletak harapan padu
ajarkan anak tulis baca jadi manusia berilmu
Dulu,
anak-anak sanjung cikgu
dari jauh dah tersipu malu
menyisih bila lihat kelibat guru
bila berselisih mohon tumpang lalu.
Dulu
ibu bapa sangat membantu
bila sukan sekolah berduyun menyerbu
meriah acara ringan beban guru
sama-sama pasti anak maju.
Dulu
cikgu kerja boleh kata separuh hari
kini dari pagi sampai dinihari
semua sistem guna ICT
maklumat nak ada di hujung jari.
Dulu
cikgu dibekalkan rotan
anak-anak gerun nak melawan
kini usahkan rotan
jeling pun jadi kesalahan.
Dulu
cikgu ramai yang garang
pastikan murid jadi orang
kini semuanya hanya dikenang
salah cakap boleh diserang.
Dulu situasi memihak cikgu
kini banyak hal disalahkan guru
murid tak datang salah cikgu
murid meragam berpunca guru
itulah hakikat yang menyembilu.
Duhai sahabatku
bertabahlah hadapi semua itu
perbanyakkan doa pada Yang Satu
mudahan dipermudah menyampai ilmu
jagailah nama keramat CIKGU.
CNM, 17/1/14, Bdr Hilir.
Labels:
Kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment