Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

28 May, 2014

Cikgu yang membentukku.

Dari darjah satu ke Pra-U,

Cikgu Abdullah
guru kelas darjah satu
ajar tulis baca mengira batu
melukis melakar dalam buku petak biru
terima kasih kukenal ABC daripadamu.

Cikgu Soh
guru pengakap
ilmu ikhtiar hidup kudakap
daripadamu makin terang yang gelap
keranamu bicara di khalayak hilang gagap.

Cikgu Nawi
ilmu sains matematik kupelajari
bukan hanya mengajar teori
ilmu amali diterapi
daripadamu aku suka mengkaji.

Cikgu Fauzi
terima kasih membentuk diri ini
tak akan kulupa penampar hinggap ke pipi
telah kupelajari
jangan sesekali mengusik teman sendiri.

Cikgu Mat Zain
terima kasih kerana merotan
buat aku sedar dari khayalan
pukulanmu amat mengesan
ajari daku erti ketabahan.

Terima kasih cikgu
jasa kalian membugar dalam ingatan
moga Allah limpahkan kesejahteraan
kerana hanya Dia mampu membalas kebaktian
balasan syurga kudoakan.

CNM, 16/5/14.

No comments:

Post a Comment