Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
ingin aku menitip sepanjang kata
buat mememorikan cerita antara kita
namum kusedari luahan rasa seluas cakrawala
tersimpul dalam indah kata;
"aku cinta kamu dinda"
dalam alam laut kasih penuh warna berbunga...
No comments:
Post a Comment