Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
setelah puas melayan mimpi kaukejutkan daku dengan senyuman berseri menghadiahkan kucupan paling berahi tanda kegirangan hati lalu aku tertanya apa gerangankah mimpi?
andai ada bahagia di hatimu syukur kepada Yang Satu dengan limpah kurnia-Nya itu laut kasih kita membiru kaya dengan puing-puing cinta menyatu...
No comments:
Post a Comment