Ditendang, aduh!
aku berjalan-jalan
di laman maya mencari kawan
diundang ke mahligai indah menawan
dijamu kopi bukan secawan
baik bahasa pemilik rupawan
sangkaku sungguh beriman
Ya Allah mulianya insan...
esoknya aku tergamam
dek kerana dihumban
entah apa alasan
rasanya tiada salah dalam perbualan
mungkin tingkah perbuatan
terusik barang hiasan
tak mengapalah tak kusesalkan...
ramai lagi teman di jalanan.
CNM, 18/9/13
No comments:
Post a Comment