Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

29 June, 2013

Syair Helang Tua 7

Syair Helang Tua 7

Si tua rasa kasihan pula
Beria Singa memohon padanya
Maka tempoh berfikir diminta
Buat keputusan kembali berjaga

Demi sahabat rimba semua
Helang tua kembali berjaga
Bersyarat ia kepada sang raja
Mencari pengganti dengan segera

Maka dipersetujui ahli rimba
Mencari calon sebelum purnama
Memberi rehat helang tua
Menggantikan dengan yang perkasa

Dicanang satu alam rimba
Jawatan mata-mata taat setia
Maka berduyung hamba sehaya
Datang menawar diri seadanya

Helang tua ditugas memilih
Sekaligus diminta juga melatih
Dia memberi dengan kasih
Bersedia sudah helang terpilih

Alam rimba kembali aman
Dapat si tua merehat badan
Memberi nasihat dan pandangan
Bila timbul akan permasalahan

Itulah syair helang tua
Ambillah pengajaran yang berguna
Jangan dibuang barang lama
Jangan menghukum sebelum bertanya

Sekian sahaja percubaan hamba
Cuba bersyair di alam maya
Salah silap maaf dipinta
Ini hanya cerita rekaan semata.

TAMAT

CNM, 27/6/13, THMK.

No comments:

Post a Comment