Lelah
adakalanya amat terasa di lubuk hati yang paling dalam akan lelah,
setelah keringat mengering, meninggalkan kulit keperangan berkedutan
dimamah bahang mentari yang tersenyum sinis, lelah yang adakalanya
menyuburkan rasa putus asa, hati jadi lemah, selemah-lemahnya seakan
mahu mennghulurkan nyawa, biar malaikat maut mengetusnya ke alam abadi,
mahu mati saja, namun perjalanan hidup ini tidak sepertinya angin yang
berlalu, bahawa kematian belum menamatkan kemelut, kematian adalah
permulaan kepada sebuah kehidupan yang tiada akhirnya, bersediakah?
...lelah hanya datang menguji...renungi.
CNM, 26/6/13, THMK.
No comments:
Post a Comment