Oh! Ibu, Oh! Ayah
Usah berbalah
adik kakak abang resah
sekarang cuti sekolah
mari kita semua berkelah
rapatkan ruang yang terbelah.
Sayang kami kerana Allah
bela kami sebagai amanah
anggap kami harta ibu dan ayah
suatu masa kami membela dengan tabah
keluarga kita moga tak berpecah.
Kami anak-anak mengharap ibu ayah.
CNM, 28/5/13, THMK.
No comments:
Post a Comment