Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

28 May, 2013

Malu

Malu

i
boleh merugikan
bagaimana mahu maju ke depan
kalau malu tak mampu disingkirkan
ia jadi penghalang
ia jadi penghadang.

ii
katanya separuh dari iman
bisa jadi medium kawalan
dari terjerumus ke jurang kehinaan
dimurkai Tuhan
hilang keberkatan.

iii
malu mana yang kamu ada
pilihlah malu yang bermakna
jangan malu-malu membinasa
gunakan malu untuk membina
dalam mencari sebuah redha.

CNM, 26/5/13, THMK.

No comments:

Post a Comment