Monolog Kelainan Upaya
Mahu kamu tahu! Aku juga makhluk Tuhan. Sebaik-baik kejadian. Dalam urat
kita sama mengalir darah merah. Aku tak pinta begini. Tapi aku redha
dengan ketentuan-Nya. Kamu? Berapa kerap mengucapkan rasa syukur atas
nikmat dan rahmat kesempurnaan yang Tuhan kurniakan atau hanya keluh
kesah yang tak pernah sudah. Belajar menerima duhai yang sempurna!
Jangan sesekali memandang hina pada yang kurang upaya kerana bagi-Nya
bukan rupa tapi takwamu.
Ya Rabbi sempurnakan diriku dengan kekuatan.
CNM, 28/5/13, THMK.
No comments:
Post a Comment