Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

30 May, 2012

Setelah

setelah diinsafi
akan secarik kisah lalu
jangan diulangi sekali lagi
lontarkan jauh-jauh ke tapak pelupusan
biar kelibatnya tidak lagi kelihatan.

setelah memaafkan
akan secalit kesilapan lalu
jangan diungkit kembali
sematkan ke dada kemaafan
itu jalan terbaik yang pernah dilakukan.

setelah tersedar
dari lena khayalan yang panjang
tempatkan diri di landasan menuju kejayaan
kerana ruang dan peluang
tak sentiasa terhidang.

setelah memiliki
genggam sehingga mati
itu takdir yang harus disyukuri
limpahan rahmat dan nikmat Ilahi
Yang Pengasih lagi Maha Menyayangi.

CNM, 30/5/12, 9.15am
THMK

No comments:

Post a Comment